Sunday, October 16, 2016

KEMBALI BERSUA

Telah lama entry blogspot ini sepi tanpa berita.

Kejayaan Pasukan Bola Sepak SK Pos Tenau dalam Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli (Daerah Batang Padang dan Muallim) KASSMOA 2016 telah membawa kepada pasukan untuk mewakili daerah bagi peringkat Negeri Perak yang akan berlangsung pada 22-24 Oktober ini di Seri Manjung.

Saturday, July 16, 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

Pada 2hb Julai 2011, Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan di seluruh negara. Sk Pos tenau juga telah terlibat dalam menjayakan program ini. Para guru-guru, murid-murid serta ibubapa telah memberikan komitmen dan dedikasi yang bersungguh-sungguh bagi memastikan larian ini mencapai misinya. Tahniah dan syabas kepada semua pihak. Gambar-gambar berikut telah dirakamkan sekitar program ini.


Banner yang telah dibuat bagi menjayakan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

Murid-murid berbaris sebelum melakukan senaman singkat atau 'warming up' untuk larian.



Murid-murid sedang melakukan senaman yang ditunjukkan oleh rakan mereka.

Aktiviti sambutan hari guru Sk Pos Tenau bersama ibu-bapa.


Gambar-gambar perlawanan bola baling bersama ibu-bapa yang telah dirakamkan pada sambutan hari guru Sk Pos Tenau 2011.

Guru-guru agak kepenatan setelah saingan sengit diberikan oleh pasukan ibu-bapa.

Kedua-dua pasukan begitu bersemangat dalam perlawanan.


Pasukan guru Sk Pos Tenau cuba menangkap bola yang dibaling oleh pemain pasukan ibu-bapa.

Sambutan Hari Guru Sk Pos Tenau 2011

Gambar-gambar yang telah dirakamkan sekitar sambutan hari Guru Sk Pos Tenau 2011



Guru-guru sedang menyanyikan lagu 'kami guru Malaysia' dengan penuh bersemangat dan dedikasi.


Murid-murid sedang menyanyikan lagu sebagai persembahan buat guru-guru tersayang.



Guru besar Sk Pos Tenau bersama pengerusi PIBG, En. Hasan dan guru pemulihan, cikgu Hanizan.
Guru-guru bersedia untuk bersalaman dengan semua murid-murid.